☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

KESAN DAN BAHAYA KOMPUTER RIBA DI ATAS PEHA


Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa meletakkan komputer riba diatas peha boleh menyebabkan implikasi kepada pengguna "notebook" atau "laptop". Berikut kajian dan sumber yang diperolehi daripada fakta dan info yang diperolehi.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.



Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.



Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.


About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :