☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

INTEL ATAU AMD (FIKIR DAHULU YANG MANA LEBIH BAIK SEBELUM MEMBELI)


Sebenarnya banyak yang bertanya kepada saya processor yang manakah yang terbaik untuk digunakan..bagi pendapat saya jawapanya adalah INTEL kerana kualiti otak ini bekerja adalah lancar serta tidak cepat panas..saya sendiri menggunakan INTEL bertahun-tahun lamanya masih boleh bertahan sehingga kini..pengalaman saya pelanggan datang menghantar komputer mengadu masalah rata-rata kebanyakan dari AMD apabila diperiksa prosesor sudah terbakar kerana terlalu panas..apabila panas melampau maka kapasitor motherboard yang berada berdekatan soket prosesor turut melecur dan tidak dapat digunakan lagi..

Oleh kerana harga AMD lebih murah berbanding INTEL maka pengusaha-pengusaha siber kafe paling gemar menggunakan AMD kerana kualiti grafik yang baik serta bila mereka membeli harga borong dalam kuantiti yang banyak maka kos lebih jimat..

Kepada anda nasihat saya fikir-fikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kerana jawapan ada ditangan anda..tidak semestinya AMD tidak boleh dicuba langsung..pandangan peribadi seseorang adalah berbeza..berikut kelebihan dan kekurangan yang ada di bawah ini:

PROCESSOR INTEL

Kelebihan Processor Intel : 

Dapat menghasilkan suara/audio yang baik prestasi prosesor Intel  merupakan yang terbaik dapat mengawal suhu frekuensinya secara automatik

Kekurangan Processor Intel : 

Harga mahal dan kualiti grafik agak kurang 

PROCESSOR AMD

Kelebihan Prosessor AMD : 

Penghasilan  grafik unggul dibandingkan procesor lain dipasaran harga lebih murah daripada Intel. memiliki teknologi EVP untuk mengesan virus 

Kekurangan Prosesor AMD : 

Cepat panas dan mudah terbakar ada beberapa aplikasi dan game tidak berfungsi

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :