☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

PERBEZAAN IPV4 DAN IPV6


IPV4

IPv4 adalah Internet Protocol version 4. Apabila pengguna menggunakan peralatan seperti komputer, telefon pintar untuk mengakses ke Internet, alat itu akan menghantar satu nilai yang unik serta alamat IP seperti 88.48.223.224. Untuk menghantar data dari satu komputer ke komputer yang lain melalui laman sesawang, paket data perlu dihantar melalui rangkaian yang mengandungi alamat IP bagi kedua-dua peranti sama ada penghantar dan penerima. Tanpa alamat IP, komputer tidak boleh menghantar data ke dalam laman sesawang. Alamat IP merupakan teras kepada infrastruktur Internet.

IPV6

IPv6 pula merupakan versi ke 6 kepada Internet Protocol dan pengganti kepada IPv4. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kepada IPv4 yang menyediakan alamat IP yang unik dan membenarkan peranti Internet untuk berkomunikasi. Terdapat perbezaan ketara bagi IPv6 iaitu IPv6 menggunakan 128-bit address. IPv6 wujud kerana alamat bagi IPv4 semakin berkurangan kerana telah diberikan kepada sesetengah institusi. Institusi seperti IBM dan MIT telah diberikan alamat IP tersebut. Alamat IP makin lama makin berkurangan dari masa ke semasa.


IPv4 boleh menghasilkan sebanyak 4,294,967,296 no IP. Manakala IPv6 pula boleh menghasilkan sehingga 340 undecilion no IP yang berbeza. Berapa banyaknya agaknya undeciliion itu? Jika million atau juta mempunyai 6 sifar, undecilion pula mempunyai 36 sifar


Perbezaan di antara IPv4 dan IPv6

1. Saiz – Alamat node bagi IPv6 lebih besar dan banyak kerana menggunakan 128 bits berbeza dengan IPv4 yang hanya menggunakan 32 bits sahaja

2. Paparan alamat – Contoh paparan alamat bagi IPv4 adalah 200.100.21.44
– Contoh paparan alamat bagi IPv6 adalah 3ff3:501:8:45:260:97ff:fe40:efb

3. Pembahagian field – IPv4 menggunakan ( . ) dot manakala IPv6 menggunakan ( : ) titik dua bertindih

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :