☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

APAKAH SISTEM OPERASI ANDA 32BIT ATAU 64BIT?

Sebelum memasang sesuatu sistem operasi pada komputer kita, adalah wajib untuk kita mengetahui sama ada hardware kita support 32bit atau 64bit..Bagi komputer lama kebanyakan processor hanya menyokong 32bit dan manakala kebanyakan komputer terbaru dipasaran yang menggunakan processor terbaru menyokong 64bit.

Adalah digalakkan untuk memasang sistem pengoperasian 64-bit sekiranya:

1) Processor menyokong arkitektur 64-bit
2) Memori melebihi 4 GB

Kelebihan sistem pengoperasian 64-bit adalah:

1) Sistem pengoperasian boleh mengakses keseluruhan memori sekiranya memori komputer anda melebihi dari 4GB. 
2) Pengurusan dan penggunaan memori yang lebih baik.
3) Sistem Pengoperasian 64-bit mampu melarikan perisian 32-bit.
4) Bila on komputer boot ke windows lebih cepat dan tidak loading terlalu lama.

(Jika menggunakan sistem pengoperasian 32-bit hanya lebih kurang 3.2 GB hingga 3.5 GB yang dapat diakses.)

Sekiranya anda sudah melaksanakan pemasangan sistem pengoperasian 64bit maka driver untuk komputer tersebut hendaklah kita download dalam versi 64bit juga dan tidak boleh menggunakan 32bit lagi.

Mengapa ada diantara kita menggunakan pengoperasian 32bit? Ini kerana sesetengah komputer yang dilengkapi itu tidak mempunyai ram memori yang besar maka bolehlah menggunakan sistem pengoperasian 32bit.

Cara untuk memeriksa sistem operasi anda 32bit atau 64bit adalah seperti berikut..go to My Computer>Right Click>Properties


About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :